EWALLET 200 BILA BAYAR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Dengan adanya pengkreditan bantuan secara tanpa tunai (cashless) dapat membantu memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat tanpa perlu membuat pengeluaran wang tunai.
Bagaimanakah semakan ewallet 200 bila bayar? Ketahui penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN LESEN PERCUMA ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON
CARA BAYAR EWALLET 200 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM200 sebulan dibayar kepada penerima secara tanpa tunai (cashless) namun bukanlah melalui aplikasi e-Wallet tetapi melalui akaun kad pengenalan (MyKad) penerima.
EWALLET 200 BILA BAYAR 2025
Pembayaran Bantuan RM200 adalah dijadualkan pada tarikh berikut :
JUMLAH BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
RM100 sebulan | 15 Januari 2025 Februari 2025 Mac 2025 |
RM200 sebulan | April 2025 Mei 2025 Jun 2025 Julai 2025 Ogos 2025 September 2025 Oktober 2025 November 2025 Disember 2025 |
KRITERIA PENERIMA BAYARAN 200 2025
Penerima bayaran RM200 sebulan perlulah menepati kriteria kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 200 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran RM200 sebulan di bawah :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
saya memerlukan bantuan ini