E KASIH SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Tujuh (7) daripada 10 daerah di Sabah mempunyai golongan miskin dan miskin tegar yang tertinggi dicatatkan. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan Negeri Sabah ingin membantu menaikkan taraf hidup rakyat Sabah dengan menyalurkan bantuan kewangan setiap bulan bermula pada 17 Februari 2025, Isnin dan berperingkat.
Bagaimanakah check status kelayakan penerima bayaran e Kasih Sabah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PSKR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH (RM900)
PENGENALAN E KASIH SABAH 2025
Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM358.5 juta bantuan kewangan yang diperkenalkan sebagai Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang khas untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah terutamanya yang tersenarai di dalam rekod data e Kasih bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).
KADAR BAYARAN E KASIH SABAH 2025
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah dibayar secara elaun bulanan dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan. Namun, pembayaran yang pertama (1) pihak Kerajaan Negeri Sabah membayarnya secara sekaligus sebanyak RM900 kepada 100,000 ribu penerima pertama (1) yang layak.
TARIKH BAYARAN E KASIH SABAH 2025
Pembayaran pertama (1) Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah telah mula dibayar pada :
JUMLAH PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
100,000 ribu Rakyat Sabah | 17 FEBRUARI 2025, ISNIN |
PAUTAN E KASIH SABAH 2025
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi e Kasih yang boleh diakses untuk check status :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi eKasih | https://ekasih2.icu.gov.my/ |
PANDUAN CHECK STATUS E KASIH SABAH 2025
Ikuti panduan check status e Kasih penerima Bantuan Sabah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi eKasih di atas.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KRITERIA PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah khas untuk individu yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin e Kasih.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.
tolong cek
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.. saya berstatus bujang, sebelum ini saya ada cek status sebagai penerima bantuan dan data saya termasuk dalam kategori miskin layak menerima bantuan.. Setelah bantuan telah dikreditkan seperti yang diumumkan.. Saya tidak menerima sebarang bantuan yang telah diumumkan.. Saya telah cek semula kelayakan sebagai penerima bantuan dan mendapati data saya tiada dalam Pengkalan data ekasih.. Padahal sebelum ini saya dinyatakan data saya telah ada dalam Pengkalan data ekasih termasuk dalam kategori miskin dan layak menerima bantuan ini.. Sekarang ini sebaliknya data saya tiada telah hilang secara tiba tiba.. Sila pertimbangkan dan kerjasama amat saya hargai, sekian terima kasih
Assalammualaikum…saya nak bertanya kenapa saya tidak dapat bantuan ni sedangkan saya sudah memohon nanum yang demikian setelah saya semak status saya layak atau tidak keputusan yang saya dapat mengecewakan iaitu nombor mykad saya tidak wujud dalam pangkalan data….perkara ini sangat mengecewakan saya….dari musim pkp sampailah sekarang saya tidak pernah mendapat bantuan dari negeri sabah…padahal setiap kali mengundi saya tidak lupa turun membuang undi….saya nak bertanya apakah hanya orang yang hanya mempunyai ekasih sahaja yang layak mwndapat bantuan ini…macam mana pula golongan yang tidak mempunyai ekasih dan tidak mempunyai pendaatan yang tetap
Saya mau bertanya juga…adakah golongan suri rumah yang tidak bekerja dan hanya bergantung dengan duit gaji suami yang tidak seberapa…juga tidak layak mendapat bantuan seperti ini….macam saya sebelum ni saya cek status nama saya dalam pangkalan ekasih….ada….namun bila saya cek status saya dalam pangkalan ekasih…pandai pula bertukar status iaitu tidak wujud dalam pangkalan data ekasih…..macam mana perkara ini boleh berlaku?