CHECK STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50)

CHECK STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50)

Kerajaan Madani menggunakan arus pemodenan masa kini untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih melalui kad pintar (IC) penerima supaya dapat memudahkan pelbagai golongan untuk menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu menggunakan media internet.

Bagaimanakah check status MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BUDI MADANI : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200)

JUMLAH PENERIMA MELEPASI STATUS MYKASIH 2025

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah melepasi status kelayakan MyKasih adalah seramai berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH PENERIMA
Penerima Sedia Ada0.7 juta penerima
(Isi rumah, bujang dan warga emas)
Penerima Baharu4.7 juta penerima
(Isi rumah dan warga emas)
*Menjadikan keseluruhan penerima yang telah melepasi status adalah seramai 5.4 juta.

CHECK STATUS MYKASIH 2025

Ikuti panduan check status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui pautan Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasihhttps://mykasih.com.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

NILAI AGIHAN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025

Pengagihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang layak adalah dengan nilai yang mengikut status kelayakan seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMANILAI AGIHAN BANTUAN
Isi Rumah
(RM2,100)
RM100 (selama 3 bulan)
RM200 (selama 9 bulan)
Bujang
(RM600)
RM50 (selama 12 bulan)
Warga Emas
(RM1,650)
RM100 (selama 3 bulan)
RM150 (selama 9 bulan)
  • Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMANILAI AGIHAN BANTUAN
Isi Rumah
(RM900)
RM100 (selama 9 bulan)
Warga Emas
(RM450)
RM50 (selama 9 bulan)

TARIKH AGIHAN MYKASIH 2025

Agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih adalah secara ansur setiap bulan berdasarkan tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH AGIHAN
FASA SATU (1)
TARIKH AGIHAN
FASA DUA (2)
Penerima Sedia Ada15 Januari 2025
hingga
1 Mac 2025
1 April 2025
hingga
1 Disember 2025
Penerima Baharu1 April 2025
hingga
1 Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “CHECK STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50)”

Leave a Comment