PERMOHONAN STR (MOHON ONLINE 2025)

PERMOHONAN STR (MOHON ONLINE 2025)

STR atau rasminya dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa sepanjang tahun dan kadar peruntukan bagi tahun 2025 telah dinaikkan sehingga RM13 billion kepada hampir 9 juta rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanakah permohonan str? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BELANJAWAN 2025 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN

PERMOHONAN STR

Panduan cara permohonan bantuan STR secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di pautan ini : PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH.
  2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tick [/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR

Antara syarat utama pemohon bantuan STR adalah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Isi Rumah :
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
    • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
    • Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumu 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
  • Warga Emas :
    • Berpasangan atau bujang;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang :
    • Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

TARIKH MEMOHON STR

Permohonan bantuan STR adalah dibuka sepanjang tahun mengikut tarikh berikut :

TARIKH PERMOHONANKELAYAKAN FASA
01November 2023
hingga
30 November 2023
1, 2, 3 dan 4
01 Disember 2023
hingga
29 Februari 2024
2, 3 dan 4
01 Mac 2024
hingga
30 Jun 2024
3 dan 4
01Julai 2024
hingga
30September 2024
4

JUMLAH BAYARAN STR

Bantuan STR akan dibayar kepada penerima mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN STR 2024
Isi Rumah Berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM1,000.
1 – 2 anak : RM1,500.
3 – 4 anak : RM2,000.
5 ke atas : RM2,500.
Isi Rumah Berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM500.
1 – 2 anak : RM750.
3 – 4 anak : RM1,000.
5 ke atas : RM1,250.
  • Kategori Bujang :

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : SOALAN LAZIM STR.

13 thoughts on “PERMOHONAN STR (MOHON ONLINE 2025)”

Leave a Comment