CHECK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

CHECK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Makluman Terkni! Bantuan TUNAI RM300/RM150 ini akan disalurkan dalam beberapa hari lagi. Namun masih ramai yang belum pasti kelayakan mereka.

Semakan bantuan akan dipaparkan melalui Portal Rasmi STR. Pastikan anda check status kelayakan dan bayaran melalui portal rasmi STR untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini

Berikut disediakan maklumat dan panduan lengkap SARA one off untuk rujukan anda.

Bagaimanakah check status bayaran sara one off 2024? Ikuti maklumat lanjut disini.

Baca juga: REGISTER MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan SARA One-Off 2024, iaitu bantuan kewangan tunai yang diberikan sekali sahaja (one-off) untuk tahun 2024. Bantuan ini disalurkan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, termasuk mereka yang bukan daripada golongan Miskin atau Miskin eKasih. Kelayakan adalah automatik, berdasarkan data penerima STR yang telah diluluskan untuk tahun 2024.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:

  • LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
  • Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

CARA MOHON BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus.

CHECK KADAR BAYARAN BANTUAN SARA

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi rumahRM 300
Warga emas tiada pasangan & BujangRM 150

CHECK TARIKH MASUK BAYARAN SARA

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini akan disalurkan secara berperingkat bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin).

Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.

CHECK STATUS BAYARAN SARA

Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment