CARA SEMAK BANTUAN SARA (ONLINE 2026)

CARA SEMAK BANTUAN SARA (ONLINE 2026)

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berstatus ‘layak’, akan menerima elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada setiap bulan melalui MyKad untuk berbelanja barangan MyKasih yang diluluskan.

Bagaimanakah cara semak bantuan sara online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK STATUS BAYARAN SARA 2026 (RM100 / RM200 SETIAP BULAN)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan SARA 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

AMAUN BANTUAN BULANAN SARA

Bantuan SARA akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200
(Setiap Bulan Januari – Disember)
RM100
(Setiap Bulan Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150
(Setiap Bulan Januari – Disember)
RM50
(Setiap Bulan Januari – Disember)
BujangRM100
(Setiap Bulan Januari – Disember)
RM50
(Setiap Bulan Januari – Disember)

MANFAAT BANTUAN SARA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan di mana elaun akan disalurkan ke dalam IC atau Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara bulanan khusus untuk dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA seperti :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
  • Makanan Sejuk Beku : Nugget / Makanan Laut Beku / Ayam Beku

CARA SEMAK BANTUAN SARA ONLINE

Status kelayakan SARA boleh di check secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
  3. Tekan Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Layari Portal MySTR dan Log Masuk : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik (Semak Status Pemohonan).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Penerima boleh menggunakan elaun bulanan SARA dalam IC untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  6. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAK JADUAL BANTUAN SARA

Elaun bulanan SARA akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti tarikh berikut :

TARIKH BAYARANKATEGORI PENERIMA
9 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan
16 Januari 2026Bujang
1 Februari 2026Semua
1 Mac 2026Semua
1 April 2026Semua
1 Mei 2026Semua
1 Jun 2026Semua
1 Julai 2026Semua
1 Ogos 2026Semua
1 September 2026Semua
1 Oktober 2026Semua
1 November 2026Semua
1 Disember 2026Semua

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

3 thoughts on “CARA SEMAK BANTUAN SARA (ONLINE 2026)”

    • Salam,bantuan SARA hanya untuk yg berstatus lulus STR sahaja kh,saya punya STR tahun 2024 ni lulus rayuan untuk bayaran fasa ke 2..untuk bantuan SARA tiada kotak oren di bahagian bawah pembayaran STR fasa 4 ni

      Reply

Leave a Comment