CHECK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

CHECK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Terkini! Pembayaran sekaligus Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off telah mula diagihkan bermula 9 Disember 2024 (Isnin). Namun masih ada lagi yang masih belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima bantuan ini, dan tidak tahu cara untuk membuat semakan kemasukan bayaran.

Untuk makluman, anda boleh semakan di Portal Rasmi MySTR kerana ianya merupakan bantuan tambahan dan lanjutan daripada STR 2024.

Bagaimanakah check bayaran sumbangan asas rahmah one off 2024 (RM300/RM150)? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca juga: CHECK SARA MYKASIH RM100 2025 : CEK STATUS PENERIMA

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF

Bantuan Tunai Tambahan SARA One-Off adalah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Madani, khusus untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang BUKAN daripada kategori Miskin/Miskin Tegar.

Penerima yang telah layak menerima STR bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4 akan secara automatik menerima bantuan tunai tambahan SARA One-Off ini. Pembayaran diberikan sekali gus dengan jumlah sebanyak RM300 atau RM150, bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing (Isi Rumah/Warga Emas Tiada Pasangan/Bujang).

Kaedah pembayaran bantuan ini adalah melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima, atau pembayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank.

Sementara itu, bagi penerima STR yang TERDIRI daripada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih pula, akan menerima bantuan SARA bulanan seperti biasa sepanjang tahun.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:

  • LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.

Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Bagi semakan status pembayaran dan kelulusan bantuan SARA one off, anda boleh menggunakan kaedah semakan yang sama seperti untuk STR.

TARIKH KEMASUKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat. Semakan kelayakan, dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.

CARA CHECK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024, dan bayaran akan dilakukan sekaligus bayaran:

KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR
(BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah
(Ketua keluarga)
RM 300
Warga Emas Tiada Pasangan/Bujang
(60 Tahun Keatas)
RM 150
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
RM 150

KAEDAH PENYALURAN BAYARAN

Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :

  • Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
    Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank / ‘Gagal Kredit’:
    Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.

Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Leave a Comment