SEMAK BAKI MYKASIH BULANAN YANG ADA DALAM MYKAD
Baki elaun bulanan MyKasih yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa sehingga akhir tahun sebelum tamat tempoh di mana elaun akan luput secara automatik.
Bagaimanakah semak baki bulanan mykasih dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN BARANG DAPUR BULANAN 2026
CARA SEMAK BAKI BULANAN MYKASIH
Terdapat beberapa kaedah untuk semak baki bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, antaranya ialah :
- Semakan secara online di Portal Rasmi MyKasih atau Aplikasi MyKasih;
- Semakan secara fizikal di Kaunter Kedai atau Pasar raya berdaftar; atau
- Semakan di resit pembelian barangan MyKasih.
PORTAL SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE
Baki bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh di semak secara online di Portal :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MyKasih | https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus |
SEMAK BAKI BULANAN MYKASIH ONLINE
Baki elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 (contoh) |
KADAR ELAUN BULANAN MYKASIH
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
TARIKH & JADUAL BAYARAN BULANAN MYKASIH
Berkikut merupakan jadual pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 :
| TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
CARA GUNA BAKI BULANAN MYKASIH
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026