CEK STR 2026 : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk Fasa pertama (1) bagi tahun 2026 telah mula dikreditkan dalam akaun bank dan juga bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada nama-nama penerima yang disenarai layak oleh Kerajaan.
Bagaimanakah cek senarai nama penerima Bantuan STR? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK MYKASIH 2026 RM1200 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
BILANGAN PENERIMA LAYAK STR FASA 1 2026
Penerima yang layak terima bayaran STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 1 direkodkan seramai berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 2.7 juta penerima |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 1.0 juta penerima |
| Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta penerima |
| Bujang | 3.1 juta penerima |
CEK SENARAI NAMA PENERIMA STR 2026
Untuk tahu nama anda tersenarai atau tidak sebagai penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 1, ikuti cara cek secara online seperti berikut :
| LAMAN WEB | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Layari laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan klik pautan di atas.
- Laman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN STR 2026
Pembayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 dijadualkan selama empat (4) fasa mengikut tarikh seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Fasa 2 | Tarikh akan dikemaskini |
| Fasa 3 | Tarikh akan dikemaskini |
| Fasa 4 | Tarikh akan dikemaskini |
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Kerajaan akan membayar Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) sepadan dengan kategori dan kelayakan penerima seperti kadar pendapatan dan bilangan anak seperti berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN (KESELURUHAN) | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM200 RM300 RM400 RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM100 RM100 RM150 RM200 |
| Warga Emas Tiada pasangan | RM600 | RM150 |
| Bujang | – |
RUJUKAN LANJUT STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.