BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup, kerajaan memperuntukan pelbagai bentuk bantuan yang akan diberikan khas kepada rakyat Malaysia disepanjang tahun 2025 termasuk bantuan-bantuan tunai dan tanpa tunai.
Bagaimanakah semak status bantuan kerajaan 2025 layak atau tidak? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN IC : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)
SENARAI BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2025
Antara Bantuan Kerajaan pada tahun 2025 adalah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
KADAR AMAUN BANTUAN KERAJAAN 2025
Pada tahun 2025, Kerajaan akan menyalurkan bantuan-bantuan dengan kadar amaun yang berbeza bagi setiap kategori dan kelayakan seperti berikut :
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KELAYAKAN KATEGORI | KADAR AMAUN BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas | RM600 |
Bujang | RM600 |
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KELAYAKAN KATEGORI | KADAR AMAUN BANTUAN SARA 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | e-Kasih : RM1,200 Bukan e-Kasih : RM900 |
Isi Rumah M40 | Bukan e-Kasih : RM900 |
Warga Emas | e-Kasih : RM1,200 Bukan e-Kasih : RM450 |
Bujang | e-Kasih : RM600 |
CARA PELAKSANAAN BANTUAN KERAJAAN 2025
Pelaksanaan Bantuan Kerajaan pada tahun 2025 adalah seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Diberikan secara ansur berperingkat mengikut empat fasa :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.
- Diberikan secara ansur berperingkat mengikut empat fasa :
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Semenanjung Malaysia :
- Diberikan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan setiap bulan.
- Sabah dan Sarawak :
- Diberikan secara tunai dua (2) kali setahun.
- Semenanjung Malaysia :
SEMAK STATUS BANTUAN KERAJAAN 2025
Oleh kerana terdapat dua (2) jenis Bantuan Kerajaan, semakan status juga pada dua (2) pautan portal yang berbeza. Ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Panduan Semakan Status Bantuan STR :
- Sila layari laman STR rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Bantuan SARA :
- Sila layari laman SARA rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian tengah.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [SEMAKAN STATUS].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus RM****’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Rujuk STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- Rujuk SARA :
- Hotline SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.