CEK BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)
Melalui pelbagai bentuk bantuan termasuklah bantuan melalui MyKad, kerajaan berusaha memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga, terutama dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dan cabaran ekonomi semasa.
Bagaimanakah cara cek senarai nama penerima bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 1 2025) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN MYKAD
Bantuan bulanan MyKad RM100 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih, dimana wang bantuan disalurkan kedalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, dan penerima akan menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.
KEGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel MyKasih seperti:
Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
PANDUAN LENGKAP CEK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status penerima akan dipapar (lulus atau tidak).
- Selesai.
Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
- Selesai.
TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN MYKAD
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PENGAGIHAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Selama 12 Bulan (Bermula Januari 2025) |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Selama 9 Bulan (Bermula April 2025) |
CEK KADAR BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025
Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah
KATEGORI ISI RUMAH | KADAR BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | RM 1200 (RM 100 sebulan) |
Penerima STR 2025 – BUKAN eKasih | RM 900 (RM 100 sebulan) |
- Kategori Bujang
KATEGORI ISI RUMAH | KADAR BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bujang Warga Emas: RM 1200 (RM100 sebulan) Bujang Belia: RM 600 (RM50 sebulan) |
Penerima STR 2025 – BUKAN eKasih | Bujang Warga Emas: RM 450 (RM 50 sebulan) Bujang Belia: Tiada ( – ) |
PANDUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf