CARA SEMAKAN STR ONLINE (FASA 3 2025)

CARA SEMAKAN STR ONLINE (FASA 3 2025)

Kerajaan telah mengkreditkan wang bantuan STR Fasa 2 kepada penerima pada bulan April. Pemberian STR bagi fasa seterusnya akan dikreditkan dalam bulan Ogos 2025 ini. Penerima boleh mula menyemak status permohonan dan maklumat pembayaran dalam tempoh bulan Ogos ini supaya tidak terlepas tarikh penerimaan bayaran. Semakan boleh dibuat secara online.

Bagaimanakah cara semakan STR online? Ikuti panduan di sini.

BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN TERKINI STATUS LAYAK ATAU TIDAK

CARA SEMAKAN KATEGORI STR

Semakan kelayakan mengikut kategori telah dibuat sebelum permohonan. Pemohon boleh rujuk bayaran bagi setiap kategori untuk STR Fasa 3 seperti di bawah:

  • KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH / BERKAHWIN
    • Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM1000 – RM2500
    • Pendapatan RM2500 – RM5000 : RM500 – RM1250
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • RM600
  • BUJANG
    • RM600

TARIKH BAYARAN STR

Penerima STR Fasa 3 akan diberikan wang secara berperingkat bermula Ogos 2025 mengikut rekod tahun sebelum nya. Berikut merupakan tarikh pembayaran STR:

  • FASA 1: 22-28 JANUARI
  • FASA 2; 24 MAC
  • FASA 3: OGOS
  • FASA 4: NOVEMBER

    CARA SEMAKAN STR ONLINE

    Sebelum membuat penunaian di cawangan BSN, penerima boleh membuat semakan STR terlebih dahulu dalam talian untuk mendapat pengesahan bayaran. Berikut adalah langkah semakan STR online:

    1. Sila tekan pautan rasmi untuk check status STR Fasa 3 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
    3. Pemohon perlu Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan.
    4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
    5. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
    6. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
    7. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
    8. Sila klik [Semakan Permohonan].
    9. Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
    10. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
      • Tarikh Kredit.
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
      • Nama Penerima.
      • Fasa Pembayaran.
      • Jumlah Dikredit.
      • Status Kredit.
      • Nama Bank dan No akaun.
    11. Selesai.

    RUJUKAN

    Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3 2025, boleh rujuk pihak berkuasa di:

    Leave a Comment