CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : ANDA DIKEHENDAKI KEMAS KINI MAKLUMAT AGAR NAMA TIDAK TERCICIR DARI SENARAI PENERIMA STR
Semua pemohon atau penerima sedia ada dikehendaki membuat kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar nama tidak tercicir dari senarai penerima dan menerima kadar bayaran bantuan yang sepadan dengan kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah 2026? Ikuti panduan yang lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN RESULT STAM : CARA SEMAK KEPUTUSAN STAM 2025 (PANDUAN LENGKAP)
TEMPOH SAH KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Sekiranya penerima / pemohon sedia ada ingin mengekalkan status sebagai penerima yang layak dan dapat menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2026, kemaskini maklumat permohonan boleh dilakukan selama tempoh berikut :
| TARIKH KEMASKINI DIBUKA | TARIKH KEMASKINI DITUTUP |
|---|---|
| 13 Oktober 2025 (Isnin) | 28 November 2025 (Jumaat) |
CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Untuk kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah hanya boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MySTR 2026 https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sahaja. Kemudian, ikuti panduan lengkap cara kemaskini di bawah :
- Di Portal Rasmi MySTR 2026, sila klik butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Terus klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SENARAI MAKLUMAT PENTING SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Hanya maklumat-maklumat penting yang mempengaruhi kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja yang perlu dikemas kini oleh pemohon sedia ada. Antara maklumat yang penting untuk kemaskini adalah :
| SENARAI MAKLUMAT | JENIS PERUBAHAN |
|---|---|
| Maklumat Peribadi | Perubahan maklumat peribadi seperti nombor telefon / alamat e-mel / alamat tempat tinggal terkini & sebagainya |
| Maklumat Pendapatan atau Pekerjaan | Kadar pendapatan telah berubah naik / turun atau mempunyai pekerjaan baharu atau hilang pekerjaan / sumber pendapatan |
| Maklumat Pasangan | Perubahan status perkahwinan seperti bujang kepada berkahwin atau berkahwin kepada cerai atau kematian pasangan |
| Maklumat Tanggungan | Pertambahan atau pengurangan bilangan tanggungan sama ada mempunyai anak baru lahir atau anak berumur 21 tahun dan bukan lagi tanggungan |
| Maklumat Waris | Ingin menukar maklumat waris yang baharu |
KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Kadar pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dipengaruhi oleh bilangan tanggungan dan kadar pendapatan pemohon. Namun untuk tahun 2026, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan disertakan bersama Sumbangan Asas Rahmah sebanyak berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
| BILANGAN TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN STR | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM1,200 / RM2,400 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM1,200 / RM2,400 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM1,200 / RM2,400 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 | RM1,200 / RM2,400 |
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
| BILANGAN TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN STR | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM700 | RM1,200 |
| 5 orang ke atas | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 & Tiada Pasangan :
| BILANGAN TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN STR | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 | RM600 / RM1,800 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda Pendapatan Bawah RM2,500 :
| BILANGAN TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN STR | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM0 | RM600 / RM1,200 |
RUJUKAN RASMI
Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada sumber yang sahih iaitu daripada Laman Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan kami kongsikan untuk mudahkan carian berkaitan Panduan Kemaskini. Untuk panduan dan info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
- Alamat e-Mel : [email protected]