BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300/RM150)
Bantuan tambahan tunai oleh Kerajaan Madani iaitu SARA ONE OFF 2024 akan diberikan secara (sekaligus) sebanyak RM300/RM150 kepada kesemua penerima bantuan STR 2024, termasuk dari kalangan BUKAN miskin/miskin tegar.
Untuk mengetahui bilakah masuk bayaran sara one off 2024, sila rujuk maklumat yang disediakan dibawah.
Bila masuk bayaran sara one off 2024? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga: CHECK SARA ONE OFF (2024 CEK BAYARAN ONLINE)
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2024
Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR.
KAEDAH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.
BILA SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF
Semakan boleh dilakukan bermula 9 Disember 2024. Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.
Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:
- Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang | RM 150 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Reply
Replyreply