BILA BAYARAN STR FASA 4 2026 – SEMAK JADUAL TERKINI

BILA BAYARAN STR FASA 4 2026 – SEMAK JADUAL TERKINI

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Keempat (4) akan dilaksanakan secara pengkreditan dalam akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berperingkat kepada lebih 5.5 juta penerima yang layak.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4? Bagaimanakah cara semakan status bayaran? Rujuk panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : DAFTAR AKAUN MYSTR – CARA PENDAFTARAN AKAUN TERBARU

BILA BAYARAN STR FASA 4 2026

Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026. Bagaimanapun, bayaran dijangka akan dilaksanakan pada awal bulan November 2026 (kemungkinan sebelum perayaan Deepavali).

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2026

Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 mengikut kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
FASA 4 2026
Isi Rumah B40
(Pendapatan
Bawah RM2,500)
RM100 hingga RM500
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan
RM2,501 – RM5,000)
RM50 hingga RM250
(bergantung bilangan anak)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM150
(setiap penerima)

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 2026

Dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dilaksanakan kepada penerima :

  • 🏦 Penunaian di kaunter bank :
    • Penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ perlu menuntut bayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • 💳 Pengkreditan dalam akaun bank :
    • Penerima yang ada akaun bank perlu menunggu bayaran STR dikreditkan dalam akaun bank masing-masing.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2026

Status kelayakan permohonan dan perincian bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh disemak secara atas talian (online) melalui laman web rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan dan perincian bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment