DAFTAR AKAUN MYSTR – CARA PENDAFTARAN AKAUN TERBARU

DAFTAR AKAUN MYSTR – CARA PENDAFTARAN AKAUN TERBARU

Pemohon baharu atau pemohon sedia ada yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara manual atau online, perlu mendaftar akaun MySTR secara online untuk mengetahui status permohonan dan bayaran bagi setiap fasa (sepanjang tahun 2027).

Bagaimanakah cara daftar akaun MySTR? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH STR BUJANG 2027 : RM600 HINGGA RM1200

SEBAB PERLU DAFTAR AKAUN MYSTR

Antara sebab-sebab perlu daftar akaun MySTR adalah untuk :

  1. ✅ Memudahkan Semakan Status STR
    • Pemohon boleh menyemak status permohonan STR sama ada diluluskan, tidak lulus atau masih dalam proses.
  2. 💰 Menyemak Maklumat Bayaran Bantuan
    • Memudahkan pemohon mengetahui maklumat pembayaran STR yang dipaparkan dalam sistem.
  3. 📝 Mengemas Kini Maklumat Pemohon
    • Pemohon boleh mengemas kini maklumat tertentu sekiranya terdapat perubahan dalam kehidupan atau keadaan semasa, tertakluk pada ketetapan STR.
  4. 📄 Menyemak Maklumat Permohonan
    • Pemohon boleh menyemak maklumat yang telah didaftarkan bagi memastikan maklumat permohonan adalah tepat.
  5. 🏦 Menyemak Maklumat Akaun Bank
    • Memudahkan pemohon menyemak maklumat akaun bank yang didaftarkan untuk tujuan pembayaran, jika berkenaan.
  6. 📢 Mendapatkan Maklumat Berkaitan STR
    • Pemohon boleh menyemak maklumat dan status berkaitan permohonan melalui sistem rasmi MySTR.
  7. 🔐 Mengakses Perkhidmatan STR Secara Dalam Talian
    • Akaun MySTR memudahkan urusan berkaitan STR tanpa perlu hadir ke pejabat bagi setiap semakan.

CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

Bagi pemohon yang masih tiada akaun MySTR boleh mula daftar akaun baharu secara online seperti berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. Terus ke bahagian [LOG MASUK].
  4. ⁠Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
  5. Isi No Kad Pengenalan anda.
  6. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  7. Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
  8. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  9. ⁠Klik [Sahkan Akaun Saya].
  10. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  11. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
    • *Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
      • Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  12. ⁠Tekan butang [Seterusnya].
  13. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  14. ⁠Kemudian, klik [Daftar Akaun].
  15. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  16. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  17. ⁠Selesai.

CARA MOHON MYSTR

Berikut dikongsikan panduan lengkap cara mohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
    • “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SALURAN RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment