PERMOHONAN STR 2027 BUJANG SECARA ONLINE
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang diteruskan untuk tahun 2027, dengan kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) pada setiap bulan.
Bagaimanakah cara permohonan str bujang 2027 secara online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : KEMASKINI STR 2027 ONLINE : CARA KEMASKINI STR 2027
PENGENALAN STR 2027 BUJANG
Untuk makluman, setiap penerima sedia atau pemohon baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tidak lagi menerima pembayaran setiap fasa (FASA 1, 2, 3, 4) melalui pengkreditan ke akaun bank. Sebaliknya, penerima sedia ada atau pemohon baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima pembayaran melalui kaedah pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana kredit disalurkan setiap bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Ringkasan pelaksanaan STR BUJANG :
- Kaedah Pembayaran : Bukan secara tunai, dan digantikan melalui pembayaran SARA;
- Tempoh Pembayaran : Bukan secara berfasa (FASA 1, 2, 3, 4), dan digantikan dengan pembayaran secara bulanan;
- Cara Penggunaan : Khusus untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya atau premis rakan niaga yang berdaftar di bawah Program SARA / MyKasih
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG
Syarat dan kelayakan permohonan STR Bujang 2027, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); dan
- Berumur 21 sehingga 59 tahun; atau
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
- Pendapatan bulanan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Info penting :
- Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) IPTA atau IPTS yang menuntut secara sepenuh masa (full-time) TIDAK LAYAK membuat PERMOHONAN STR BUJANG 2027.
- Walau bagaimanapun, pelajar pengajian sambilan (part-time), separuh masa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri bawah RM2,500 adalah LAYAK untuk memohon.
- Setiap individu Bujang yang lulus permohonan STR akan menerima bayaran yang digantikan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
JUMLAH STR 2027 BUJANG
Setiap pemohon yang LULUS dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang, akan menerima pembayaran di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan amaun seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang (Miskin/ Miskin Tegar eKasih) | RM100 Setiap Bulan (Total : RM1,200) Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA |
| Bujang (Bukan Miskin / Miskin Tegar eKasih) | RM50 Setiap Bulan (Total : RM600) Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA |
JADUAL BAYARAN STR BUJANG
Berikut merupakan jadual pembayaran bantuan STR 2027 Bujang (SARA) setiap bulan tahun 2027 :
| BULAN BAYARAN | BUJANG (EKASIH) | BUJANG (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Januari | RM100 | RM50 |
| Februari | RM100 | RM50 |
| Mac | RM100 | RM50 |
| April | RM100 | RM50 |
| Mei | RM100 | RM50 |
| Jun | RM100 | RM50 |
| Julai | RM100 | RM50 |
| Ogos | RM100 | RM50 |
| September | RM100 | RM50 |
| Oktober | RM100 | RM50 |
| November | RM100 | RM50 |
| Disember | RM100 | RM50 |
| TOTAL | RM1,200 | RM600 |
Tarikh rasmi pengkreditan elaun bulanan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima akan dikemas kini dari semasa ke semasa
PERMOHONAN STR 2027 BUJANG
Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan STR Bujang 2027, anda boleh membuat permohonan STR secara online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
Info Penting : Hanya individu bujang yang LULUS permohonan STR sahaja akan menerima elaun bulanan SARA
BORANG PERMOHONAN STR BUJANG
Berikut merupakan borang permohonan STR 2027 (Borang BK-01) yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau muat turun (download) di bawah ini :
CARA PENGKREDITAN STR BUJANG
Pengkreditan penerima STR bujang adalah berbeza dengan kategori lain, di mana individu bujang akan menerima pembayaran melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MANFAAT/KEGUNAAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | Boleh digunakan untuk penebus/perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA, di kedai atau pasar raya berdaftar |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem