BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Inisiatif bayaran bantuan kewangan daripada kerajaan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada hampir 60% rakyat dewasa di Malaysia adalah secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa dan bayaran fasa kedua (2) akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN STATUS : CHECK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025

Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA PEMBAYARAN STR FASA 2 2025

Terdapat dua (2) cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, iaitu melalui :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah dijangka bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Setiap kategori akan menerima jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke Bawah :
    • RM150 hingga RM650/ mengikut bilangan anak.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • RM100 hingga RM300/ mengikut bilangan anak.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150/ setiap individu.
  • Bujang :
    • RM150/ setiap individu.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

Leave a Comment