MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

Bantuan yang disumbangkan di bawah program MyKasih adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan tambahan bersasar yang diperuntukan oleh Kerajaan Madani bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah (B40).

Bagaimanakah MyKasih semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 2 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025

Untuk menetahui status kelayakan sebagai penerima MyKasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

BILANGAN PENERIMA MYKASIH MELEPASI STATUS 2025

Berikut merupakan bilangan penerima yang layak menerima MyKasih bagi tahun 2025 :

KELAYAKAN PENERIMABILANGAN YANG LAYAK
Penerima Miskin & Miskin Tegar0.7 juta penerima
Penerima Asas Bukan Miskin4.7 juta penerima
*Menjadikan keseluruhan penerima yang layak adalah seramai 5.4 juta merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.

KADAR SUMBANGAN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025

  • PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMAKADAR SUMBANGAN
ISI RUMAHRM2,100 setahun
WARGA EMASRM1,650 setahun
BUJANGRM600 setahun
  • PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMAKADAR SUMBANGAN
ISI RUMAHRM900 setahun
WARGA EMASRM450 setahun
BUJANG

KAEDAH SUMBANGAN MYKASIH 2025

Bantuan yang disumbangkan melalui MyKasih telah diselaraskan kepada semua penerima di setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak iaitu dikreditkan setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (IC) penerima khas untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas.

TARIKH SUMBANGAN MYKASIH 2025

Bantuan akan disumbangkan mengikut tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH SUMBANGAN
Penerima Miskin & Miskin TegarSelama 12 bulan :
bermula 15 Januari 2025
sehingga Disember 2025
Penerima Asas Bukan MiskinSelama 9 bulan :
bermula April 2025
sehingga Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

3 thoughts on “MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)”

Leave a Comment