SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sasaran penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 telah diperluaskan daripada 700,000 ribu penerima kepada 5.4 juta penerima yang layak. Sejajar dengan pertambahan bilangan penerima, jumlah peruntukan juga dinaikkan oleh Kerajaan mencecah sehingga RM13 billion.

Bagaimanakah Sumbangan Asas Rahmah semak statsu kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Kerajaan Madani telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan bersasar yang bertujuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan secara automatik ke dalam kad pengenalan (MyKad) khas untuk memudahkan rakyat membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025, iaitu :

  • SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 akan disalurkan dengan kadar mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima SARA e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
ISI RUMAH
(Berkahwin / Tunggal)
RM100/RM200 setiap bulan
(RM2,100 setahun)
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM100/RM150 setiap bulan
(RM1,650 setahun)
BUJANGRM50 setiap bulan
(RM600 setahun)
  • Penerima SARA Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
ISI RUMAH
(Berkahwin / Tunggal)
RM100 setiap bulan
(RM900 setahun)
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM50 setiap bulan
(RM450 setahun)
BUJANG

TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH DILAKSANAKAN 2025

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara bersasar setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Penerima SARA e-KasihSetiap bulan :
15 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025
Penerima SARA Bukan e-KasihSetiap bulan :
1 April 2025 hingga 31 Disember 2025
*Nota : Bermula pada bulan Februari hingga Disember bayaran adalah pada setiap 1 haribulan.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi SUMBANGAN ASAS RAHMAH.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad*’ tanpa sengkang (-).
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod’.
  8. Selesai.

CARA GUNA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penggunaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mengikut cara berikut :

  1. Kunjungi kedai terpilih yang berdekatan (Rujuk Senarai Kedai Di Sini).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut senarai yang ditetapkan (Label MyKasih / SARA pada rak tanda harga).
  3. Di kaunter bayaran, tunjukkan kad pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN kad pengenalan *(Mengikut nombor awal MyKad dan perlu menukarkan kepada nombor PIN baharu).
  6. Transaksi bayaran akan disahkan dan resit akan diberikan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan yang ditetapkan, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

3 thoughts on “SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment