BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
Komuniti berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan akan menerima pembayaran Bantuan MyKasih dengan kadar antara RM450 sehingga RM2,100 setahun.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran Bantuan MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH RM200 SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar pembayaran Bantuan MyKasih adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) |
BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM900 setahun (RM100 sebulan) |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM450 setahun (RM50 sebulan) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penerimaan bayaran Bantuan MyKasih adalah pada tarikh seperti berikut :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 01/02/2025 01/03/2025 01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 | 01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
- Melalui Aplikasi MyKasih.
Ikuti kedua-dua pandua semakan status berikut :
- Panduan Semakan Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.