BANTUAN STR BILA BAYARAN FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN STR BILA BAYARAN FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Golongan rakyat dewasa di Malaysia yang telah memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tersenarai dalam pangkalan data akan menerima bayaran yang seterusnya iaitu fasa kedua (2) secara berperingkat tidak lama lagi.

Bagaimanakh semakan Bantuan STR bila bayaran fasa 2? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN STR TARIKH BAYARAN FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN STR BILA BAYARAN FASA 2 2025

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) masih belum dinyatakan secara rasmi oleh pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF). Namun, desas-desus mengatakan bahawa bayaran Fasa Kedua (2) adalah antara 24 Mac hingga 27 Mac 2025.

Berdasarkan sumber, tarikh tersebut telah disahkan oleh pihak perbankan seperti Maybank dan Bank Islam melalui pertanyaan lansung di FB Messenger seperti tangkap layar (screenshot) berikut :

*NOTA : Rakyat Malaysia diingatkan supaya menunggu pengumuman yang sahih daripada pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF) yang mana pihak kami juga akan mengemaskini tarikh rasmi bayaran STR dari semasa ke semasa mengikut sumber yang sahih.

JUMLAH BANTUAN STR BAYARAN FASA 2 2025

Setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR 2025
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM600
BujangRM600
*NOTA : Untuk mengetahui jumlah bayaran fasa dua (2) yang akan diterima, penerima perlu membuat semakan di laman rasmi STR.

CARA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Terdapat dua (2) cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima, iaitu :

  1. Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (berkahwin); atau
  2. Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Penerima tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Berikut merupakan pautan laman rasmi STR LHDN yang boleh diakses untuk semakan status :

Ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

Leave a Comment