BANTUAN STR 2025 TARIKH MASUK (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Langkah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40, bagi memastikan mereka yang memerlukan sokongan kewangan terus menerima bantuan yang sewajarnya untuk kelangsungan hidup harian.
Bilakah tarikh masuk fasa 1 bantuan str 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: STR 2025 TARIKH BAYARAN (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH MASUK DUIT BANTUAN STR FASA 1 2025
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan Fasa 1 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
Pembayaran Fasa 1 hanya akan diagihkan kepada pemohonan yang membuat pengemaskinian maklumat, atau membuat permohonan baharu pada 31 November 2024.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025
Syarat dan kategori penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
LOG MASUK DAN SEMAKAN STATUS LULUS BANTUAN STR
Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan.
- ‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk], dan [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Setelah berjaya masuk, tekan pada [Semakan Status]
- Maklumat [Semakan Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Bayaran] STR akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH MASUK DUIT BANTUAN STR 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
- Kategori Isi Rumah/Berpasangan atau Tunggal:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
- Kategori Bujang / Warga Emas / Balu / Janda / Duda Tiada Anak:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah (Berusia 60 tahun keatas) | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah (Berusia 21 – 59 tahun keatas) | RM 600 |
Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
KAEDAH PENGAGIHAN DUIT BANTUAN STR
Penyaluran Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan. - Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN):
Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf