BANTUAN RM200 SEBULAN 2026 : SEMAKAN
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang adalah berbeza untuk setiap penerima, mengikut kepada kelayakan masing-masing iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Bagaimanakah semakan bantuan rm200 sebulan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKAD RM100 ONLINE : SEMAKAN STATUS
APA ITU BANTUAN RM200 SEBULAN?
Bantuan RM200 sebulan merujuk kepada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima yang terdiri daripada miskin dan miskin tegar eKasih iaitu Sistem pangkalan data kemiskinan nasional dengan amaun bermula RM100 sehingga RM200 sebulan.
Manakala, penerima bukan daripada eKasih akan menerima pengkreditan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun bermula RM50 sehingga RM100 sebulan.
TEMPOH BANTUAN RM200 SEBULAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan seperti jadual berikut :
| TEMPOH PROGRAM | TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR/LUPUT |
|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | 9 & 16 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM200 SEBULAN
Berikut merupakan jenis bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
| JENIS BANTUAN | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang; Pendapatan Bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
KADAR BANTUAN SEBULAN 2026
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK STATUS BANTUAN RM200 SEBULAN 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
CARA PENGKREDITAN BANTUAN RM200 SEBULAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima yang layak setiap bulan mengikut kaedah seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
Kredit bantuan yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima boleh digunakan untuk menebus barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau berdaftar SARA.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026