BANTUAN MYKAD RM100 ONLINE : SEMAKAN STATUS
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar atau Miskin eKasih dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), di mana SARA akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat kelayakan.
Bagaimanakah semakan status bantuan mykad rm100 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RAHMAH 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN
APA ITU BANTUAN MYKAD?
Bantuan MyKad ialah inisiatif Kerajaan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk tanpa tunai barangan keperluan asas yang boleh didapatkan oleh penerima yang layak menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) di kedai atau pasar raya berdaftar.
JENIS BANTUAN MYKAD RM100
Berikut merupakan jenis bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
| JENIS BANTUAN MYKAD | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA BULANAN (EKASIH & BUKAN EKASIH) | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang Pendapatan Bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; |
| SARA ONE-OFF (SEKALI BAYARAN) | Setiap Warganegara Malaysia; Berusia 18 tahun dan ke atas; Tanpa mengira pendapatan |
JUMLAH BANTUAN MYKAD SECARA BULANAN
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA BULANAN BERSTATUS EKASIH | SARA BULANAN BUKAN EKASIH | SARA ONE-OFF (SEKALI BAYARAN) |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF (Februari) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF (Februari) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF (Februari) |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM100 ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026