MYKASIH RM200 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA

MYKASIH RM200 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA

Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional eKasih, layak menerima pengkreditan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dengan amaun sehingga RM200 sebulan bagi tempoh 12 bulan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima mykasih rm200 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RM200 SEBULAN 2026 : SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH RM200 2026

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih RM200 terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Pendapatan Bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;

TARIKH & JADUAL KREDIT MYKASIH RM200

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUANTARIKH & JADUAL BAYARAN
Isi Rumah
(Miskin atau Miskin Tegar eKasih)
RM200
Setiap Bulan
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

TEMPOH SAH BANTUAN MYKASIH RM200

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan seperti jadual berikut :

TARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIR/LUPUT
9 & 16 Januari 202631 Disember 2026

SEMAK STATUS MYKASIH RM200 SEBULAN

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment