BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD : SEMAK BAKI

BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD : SEMAK BAKI

Kredit atau baki elaun bulanan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang belum habis digunakan dalam MyKad, akan di bawa ke bulan hadapan dan boleh digunakan sepanjang tahun 2026 untuk menebus barangan keperluan asas harian, sebelum tamat tempoh.

Bagaimanakah semak baki bantuan mysara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026 : SEMAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

JENIS SARAKELAYAKAN
SARA EKASIHWarganegara Malaysia;

Pendapatan Bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
SARA BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

KADAR BULANAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD

Baki dan Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti jadual berikut :

TARIKH PENGKREDITAN (SETIAP BULAN)TARIKH AKHIR GUNA/LUPUT
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

CARA GUNA BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment