BANTUAN LANGSUNG TUNAI 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat, Bantuan Tunai disalurkan secara langsung (terus) menerusi dua (2) jenis program yang berlainan kepada rakyat yang layak serta memerlukan untuk kegunaan tertentu.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Langsung Tunai? Rujuk panduan dan info di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA HIDUP : STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026
APA ITU BANTUAN LANGSUNG TUNAI?
Bantuan Langsung Tunai (BLT) adalah merupakan sebuah program pemberian wang tunai secara terus oleh Kerajaan kepada rakyat yang layak bagi mengurangkan bebanan kewangan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kuasa beli sekaligus meringankan kos sara hidup dan kemiskinan dapat dikurangkan.
Antara bantuan yang disalurkan secara langsung adalah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- BUDI MADANI Diesel.
JUMLAH BANTUAN LANGSUNG TUNAI 2026
Jumlah Bantuan Tunai yang disalurkan secara terus melalui Program STR dan BUDI Diesel adalah sebanyak berikut :
| BANTUAN TUNAI STR | BANTUAN TUNAI BUDI DIESEL |
|---|---|
| Isi Rumah B40 : 0 anak – RM700 1/2 anak – RM1200 3/4 anak – RM1700 >5 anak – RM2200 Isi Rumah M40 : 0 anak : RM200 1/2 anak : RM450 3/4 anak : RM700 >5 anak : RM950 Warga Emas : RM600 | Pemilik Kenderaan Diesel (Individu, Petani kecil & Komuditi) : RM400 sebulan |
KAEDAH SALURAN BANTUAN LANGSUNG TUNAI
Namun, kedua-dua program Bantuan Tunai tersebut disalurkan melalui kaedah yang sama seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH SALURAN BANTUAN TUNAI |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
| Penerima tiada akaun bank | Disalurkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN LANGSUNG TUNAI
Penyaluran Bantuan Tunai untuk STR dan BUDI MADANI Diesel adalah mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI STR | TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI BUDI DIESEL |
|---|---|
| Fasa 1 : 20 Januari 2026 Fasa 2 : 10 Mac 2026 Fasa 3 : Ogos 2026 Fasa 4 : November 2026 | 10 Februari 2026 6 Mac 2026 8 April 2026 8 Mei 2026 9 Jun 2026 8 Julai 2026 (Untuk Ogos hingga Disember masih belum diumumkan) |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN LANGSUNG TUNAI
Bagi yang ingin mengetahui kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan Tunai secara langsung (STR dan BUDI MADANI Diesel), sila buat semakan seperti berikut :
- Semakan Kelayakan Penerima Bantuan Tunai STR :
- Layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Klik [Ya] jika ianya betul.
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Kelayakan Penerima Bantuan Tunai BUDI Diesel :
- Layari laman rasmi BUDI MADANI di sini : https://budidiesel.gov.my/.
- Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Klik [Ya] jika ianya betul.
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Profil pemohon dan status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR dan BUDI MADANI. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi STR : 03 8882 4565 / 03 8882 4566 (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini)
- Talian BUDI MADANI : 03 8084 4566 (https://budidiesel.gov.my/)
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan https://budidiesel.gov.my/.