BANTUAN MYKASIH 2026 RM100 SEMAK : STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Keperluan asas harian menjadi suatu perkara yang tidak pasti terutama bagi golongan miskin atau miskin tegar. Melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, bantuan ini dapat menyokong perbelanjaan keperluan asas penerima secara bulanan dan memastikan keperluan asas seperti makanan sentiasa mencukupi.
Bagaimanakah cara semak bantuan mykasih 2026 rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA 2026 KELAYAKAN : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih dan Bukan eKasih;
- Semua Kategori ; Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan & Bujang.
SEMAK AMAUN BANTUAN MYKASIH 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, setiap bulan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
CARA PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | TEMPOH SAH BAYARAN | TARIKH MASUK BAYARAN |
|---|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | 12 Bulan Bermula 9 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026 | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang 1 Februari 2026 – Semua 1 Mac 2026 – Semua 1 April 2026 – Semua 1 Mei 2026 – Semua 1 Jun 2026 – Semua 1 Julai 2026 – Semua 1 Ogos 2026 – Semua 1 September 2026 – Semua 1 Oktober 2026 – Semua 1 November 2026 – Semua 1 Disember 2026 – Semua |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
MANFAAT BANTUAN MYKASIH RM100
Kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan seperti berikut :
- Beras;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Roti;
- Biskut;
- Mi;
- Makanan Dalam Tin;
- Minuman;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barangan Persekolahan;
- Ubat-Ubatan Di Kaunter;
- Barangan Kebersihan Rumah; dan
- Makanan Sejuk Beku
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026