BANTUAN MYKASIH 2025 LAYAK ATAU TIDAK
Hanya individu dewasa yang memenuhi kelayakan sahaja akan menerima agihan Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) melalui kad pengenalan (MyKad) setiap bulan bagi sepanjang tahun. Yang mana agihan sesi pertama (1) telah selesai dilaksanakan dan kini agihan sesi kedua (2) yang bakal dilaksanakan.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih layak atau tidak? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENGELUARAN WANG KWSP TERBARU : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH PENERIMA LAYAK BANTUAN MYKASIH 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) pada tahun 2025 ini adalah seramai 5.4 juta penerima, merangkumi 0.7 juta penerima sedia ada sesi pertama (1) dan 4.7 juta penerima baharu sesi kedua (2) termasuk golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
SYARAT LAYAK BANTUAN MYKASIH 2025
Syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih terbahagi kepada dua (2), iaitu :
- Kelayakan Penerima Sesi 1 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kelayakan Penerima Sesi 2 :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK BANTUAN MYKASIH 2025 LAYAK ATAU TIDAK
Ketahui kelayakan anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKasih melalui semakan seperti berikut :
- Panduan Semakan Secara Online Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Secara Online Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Agihan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 adalah melalui dua (2) sesi pada tarikh seperti berikut :
TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH SESI PERTAMA (1) | TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH SESI KEDUA (2) |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
KADAR AGIHAN BANTUAN MYKASIH MENGIKUT PENERIMA LAYAK 2025
Kadar Bantuan MyKasih yang diagihkan setiap bulan adalah mengikut kelayakan kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN SESI PERTAMA (1) JANUARI – MAC | KADAR AGIHAN SESI KEDUA (2) APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi Rumah e-Kasih | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
Warga Emas e-Kasih | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
Bujang e-Kasih | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
Isi Rumah Bukan e-Kasih | – | RM100 sebulan |
Warga Emas Bukan e-Kasih | – | RM50 sebulan |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
Mohon bantuan untuk kegunaan harian