BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARA 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARA 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan Madani menyediakan bantuan tambahan bulanan dalam bentuan barangan asas melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan keperluan harian golongan yang memerlukan sentiasa mencukupi.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan keperluan asas sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STR FASA 3 : (2026) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

KELAYAKAN BANTUAN KELAYAKAN ASAS SARA

Kelayakan penerima Bantuan Keperluan Asas SARA terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARA

Kadar Bantuan Keperluan Asas SARA yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN ASAS SARA

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, khusus digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan seperti :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Minuman;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Bahan Perasa;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Ubat-Ubatan (OTC);
  • Barangan Persekolahan;
  • Barangan Kebersihan Rumah;
  • Makanan Sejuk Beku (Lokal);

CHECK BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARA

Semakan Bantuan Keperluan Asas SARA boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTALPAUTAN
Portal Rasmi SARAhttps://sara.gov.my/
Portal Rasmi MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal SARA:

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  8. ⁠Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik (Semakan Permohonan STR).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

KATEGORI DAN JENAMA BARANG KEPERLUAN ASAS

Penerima boleh mendapatkan bantuan keperluan asas sara dengan menggunakan MyKad seperti berikut :

KATEGORIJENAMA
BerasJasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurCP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak MasakSaji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni
TepungCap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros
BiskutMunchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng
Mi SegeraMaggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap
MinumanMilo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold
Makanan Dalam TinAyam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi
Bahan PerasaMaggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza
Produk Kebersihan DiriColgate, Dettol, Kotex
Ubat-Ubatan (OTC)Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar
Barangan PersekolahanFaber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata
Barangan Kebersihan RumahBreeze, Daia, Dettol
Makanan Sejuk BekuAyam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku

Senarai penuh barangan keperluan asas terkini boleh di semak di Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/

CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAKAN BAKI BANTUAN SARA

Baki Bantuan Keperluan Asas SARA dalam MyKad boleh dilakukan melalui empat (4) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA;
  • Aplikasi MyKasih;
  • Resit Pembelian Barang SARA;
  • Di Kaunter Pembayaran Kedai Berdaftar SARA.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

1 thought on “BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARA 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment