BANTUAN E WALLET TERKINI 2026 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

BANTUAN E WALLET TERKINI 2026 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

Setiap penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima pengkreditan bulanan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan mengikut kadar bayaran yang disalurkan melalui MyKad masing-masing.

Bagaimanakah check kelayakan penerima bayaran bantuan e wallet terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BANTUAN E WALLET 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN E WALLET?

Bantuan e-Wallet (bantuan tanpa tunai) ialah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana kredit bantuan akan diberikan setiap bulan kepada penerima yang layak melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk digunakan untuk menebus/membeli barangan keperluan asas mengikut jumlah kredit yang diberikan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

BANTUAN E WALLET 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Cara PelaksanaanSecara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan)
Jumlah BantuanBermula RM50 sehingga RM200 mengikut kelayakan penerima
KelayakanBerdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan miskin/miskin tegar eKasih
Tempoh BantuanSetiap Bulan (12 Bulan)
ManfaatBoleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan kepelruan asas yang diluluskan mengikut amaun yang diberikan

CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E WALLET 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

JUMLAH BANTUAN E WALLET SETIAP BULAN

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

TEMPOH SAH KREDIT BANTUAN E WALLET 2026

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad sepanjang tempoh masa berikut :

TARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIR
9 Januari 202631 Disember 2026

Info : Kredit atau baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak habis digunakan akan dibawa kepada bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2026.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment