BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Seramai lebih 28,892 individu yang merupakan ketua isi rumah akan menerima Bantuan Awal Ramadhan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) sebanyak RM15,493,100 khas untuk disalurkan kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN STATUS : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Bantuan Ramadhan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) adalah sebanyak jumlah berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
DISALURKAN
Isi Rumah seorang / tunggal
(tiada tanggungan)
RM300
Isi Rumah mempunyai tanggungan
dua (2) atau tiga (3) orang
RM500
Isi Rumah mempunyai tanggungan
empat (4) orang dan ke atas
RM700

OBJEKTIF PELAKSANAAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Antara objektif Bantuan Ramadhan dilaksanakan adakah untuk :

  • Membantu Keluarga Berpendapatan Rendah (B40 & Asnaf).
  • Memberikan Bantuan Makanan Percuma untuk Berbuka & Sahur.
  • Memudahkan Pelajar Universiti yang Kurang Berkemampuan dalam mendapatkan makanan di kampus.
  • Menyediakan Bantuan Kewangan Khas untuk OKU & Warga Emas yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas.

SENARAI PROGRAM BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Terdapat pelbagai program Bantuan Ramadhan yang akan dilaksanakan, antaranya ialah :

  • Bantuan Kewangan Tunai; atau
  • Bakul Makanan; atau
  • Bantuan Zakat; atau
  • Sumbangan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri;

KRITERIA PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan yang ditetapkan oleh MAIDAM :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Merupakan golongan asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf atau individu yang memerlukan;
  • Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan); dan
  • Bermastautin di Terengganu (bagi penerima bantuan MAIDAM).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Ramadhan seperti berikut :

  1. Layari pautan rasmi MAIDAM di sini : http://www.espmb.com/maidam_zakat/.
  2. Halaman semakan akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan pada butang [Semak Penerima Bantuan Ramadhan].
  4. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 922002118899.
  5. Seterusnya, tekan pada butang [Klik Untuk Semak].
  6. Status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Awal Ramadhan akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Ramadhan, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : http://www.espmb.com/maidam_zakat/.

Leave a Comment