MY KASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

MY KASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

Pelaksanaan Program My Kasih masih diteruskan pada tahun 2025 kerana melihat kepada penerimaan yang positif daripada penerima pada tahun 2024. Malah pihak kerajaan meluaskan penerimaan tahun ini kepada lebih ramai rakyat yang layak.

Bagaimanakah my kasih semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR BANTUAN FASA 2 MASUK BAYARAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU MY KASIH

My Kasih adalah merupakan sebuah program yang mengendalikan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan khas untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan anak.

Program Bantuan My Kasih (SARA) adalah disalurkan secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan kepada penerima yang layak dan penerima boleh membeli barangan yang tersenarai secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.

KADAR BANTUAN MY KASIH MENGIKUT STATUS PENERIMA 2025

Kadar bantuan yang disalurkan adalah bergantung kepada kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
ISI RUMAHRM2,100 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM1,650 setahun
BujangRM600 setahun
  • PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM450 setahun
BUJANG

MY KASIH SEMAKAN STATUS 2025

Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui pautan MyKasih dan MySTR :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

JUMLAH PENERIMA MY KASIH MELEPASI STATUS 2025

Jumlah penerima yang telah melepasi status kelayakan My Kasih (SARA) adalah seramai lebih 5.4 juta yang dibahagikan kepada dua (2) kelayakan, iaitu :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH PENERIMA
YANG LAYAK
Miskin & Miskin Tegar0.7 juta penerima
Asas Bukan Miskin4.7 juta penerima

JADUAL PENYALURAN MY KASIH 2025

Penyaluran Bantuan My Kasih (SARA) adalah dijadualkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENYALURAN
Penerima Miskin & Miskin TegarDisalurkan setiap bulan selama 12 bulan
bermula 15 Januari 2025
sehingga Disember 2025
Penerima Asas Bukan MiskinDisalurkan setiap bulan selama 9 bulan
bermula April 2025
sehingga Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “MY KASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)”

Leave a Comment