BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Barangan keperluan asas pastinya amat penting untuk kehidupan harian setiap manusia. Namun, harga barangan keperluan asas tidak menentu dan meningkat dari semasa ke semasa menjadikan kos sara hidup juga meningkat. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat, Bantuan Asas Sara Hidup akan diberikan kepada yang layak.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak Bantuan Asas Sara Hidup? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Bantuan Asas Sara Hidup atau rasminya dinamakan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan tambahan bersasar yang khas diberikan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat bagi sepanjang tahun ini.

KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP

Bantuan Asas Sara Hidup bukanlah diberikan secara tunai atau secara fizikal. Namun, kerajaan akan memberikan Bantuan Asas Sara Hidup melalui pengkreditan tanpa tunai menerusi kad pengenalan (IC) setiap bulan khas untuk membantu rakyat memenuhi keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

SENARAI BANTUAN ASAS SARA HIDUP

Berikut merupakan senarai barangan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sara Hidup (SARA) :

  • Bahan Makanan Asas :
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe), makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang), bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan :
    • Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
  • Barangan persekolahan :
    • Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Pemberian Bantuan Asas Sara Hidup adalah setiap bulan mengikut tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PEMBERIAN
BANTUAN ASAS SARA HIDUP
Penerima Miskin & Miskin Tegar
(Berdaftar e-Kasih)
Pemberian setiap bulan :
Bermula 15 Januari 2025
sehingga 1 Disember 2025
Penerima Asas Bukan Miskin
(Tidak Daftar e-Kasih)
Pemberian setiap bulan :
Bermula 1 April 2025
sehingga 1 Disember 2025
*NOTA : Bantuan dikreditkan setiap 1 hari bulan dan sah digunakan 31 Disember 2025.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP

Kadar Bantuan Asas Sara Hidup yang diberikan setiap bulan adalah berbeza bagi setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar (Berdaftar e-Kasih) :
    • Isi Rumah : RM100/RM200 setiap bulan hingga RM2,100;
    • Warga Emas : RM100/RM150 setiap bulan hingga RM1,650;
    • Bujang : RM50 setiap bulan hingga RM600.
  • Penerima Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan hingga RM900;
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan hingga RM450;
    • Bujang : Tiada.

*Nota : Kadar bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan penerima boleh menggunakannya sehingga pada 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025

Ketahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Asas Sara Hidup melalui semakan seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi Bantuan SARA; atau klik di pautan ini : https://mykasih.com.my.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment