BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memenuhi keperluan barangan asas penerima yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup, sekaligus meringankan beban kewangan mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Bagaimanakah cek status bantuan asas rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SKAS SARAWAK LOGIN (2026 REGISTER ONLINE)
PENGENALAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.
Bantuan ini berfungsi sebagai tambahan dan lanjutan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana ia akan disalurkan secara automatik kepada semua penerima termasuk eKasih dan bukan eKasih.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan SARA 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JADUAL BANTUAN ASAS RAHMAH
Bantuan Asas Rahmah 2026 akan dilaksanakan dalam tempoh masa berikut :
| TEMPOH BANTUAN | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | 9 Januari 2026 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH
Jumlah Bantuan Asas Rahmah 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SETIAP BULAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | eKasih : RM200 Bukan eKasih : RM100 | eKasih : RM2,400 Bukan eKasih : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | eKasih : RM150 Bukan eKasih : RM50 | eKasih : RM1,800 Bukan eKasih : RM600 |
| Bujang | eKasih : RM100 Bukan eKasih : RM50 | eKasih : RM1,200 Bukan eKasih : RM600 |
CHECK BANTUAN ASAS RAHMAH
Status Kelayakan Bantuan Asas Rahmah 2026 boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semakan status di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN
Elaun bulanan Bantuan Asas Rahmah akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) Boleh digunakan oleh penerima untuk menebus barang asas yang diluluskan di bawah Program SARA | 31 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Semakan kelulusan
Minta2 Saya Dapat Bantuan Kerajaan Kategori Bujang B40 Miskin Tegar Tanpa Ibu Bapa..(Tidak Berkerja)..2025 ini .
Please help me that I’m qualified or not
Adakah Saya lulus diterima until bantuan ini
Encik boleh semak status di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Semakan kelulusan
Berapa lama untiuk untiuk comment ni