BANTUAN TUNAI HASIL: SEMAKAN FASA 4 2024 ONLINE
Untuk makluman anda, Bantuan Tunai Hasil Sumbangan Rahmah oleh kerajaan telah berada di pembahagian untuk Fasa 4. Pemohon boleh mula menyemak status kelayakan bermula 7 November 2024 ini secara online. Notis ini telah telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini.
Pemohon dinasihatkan agar berwaspada dengan pautan yang tidak sahih bagi mengelakkan perkongsian data peribadi, dan menggunakan portal rasmi yang telah dibuat khas oleh pihak LHDN.
Pemohon juga boleh rujuk maklumat yang kami sediakan dibawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
Bagaimanakah semakan bantuan tunai hasil Fasa 4 2024 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: TERBARU TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024 : SEMAKAN
TARIKH BAYARAN BANTUAN HASIL
Tarikh bayaran bantuan STR Fasa 4 2024 adalah pada 7 November 2024, secara berperingkat.
CARA SEMAKAN STATUS
Panduan lengkap cara Semakan Status STR 2024 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Kemudian anda boleh tekan pada:
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Pembayaran – Untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan (Jika Layak).
LOG MASUK
Panduan lengkap Log Masuk STR adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit), dan klik log masuk.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN HASIL FASA 4
Kadar bantuan bagi STR Fasa 4 2024 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 Anak 1-2 : RM 350 Anak 3-4 : RM 500 5 dan keatas: RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 150 Anak 1-2 : RM 200 Anak 3-4 : RM 250 5 dan keatas: RM 350 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 100 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Kaedah bayaran bantuan penerima berstatus lulus adalah seperti berikut:
- Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang berstatus lulus secara berperingkat.
- Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun, boleh menuntut bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]