SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk tahun 2026 kini melaksanakan bayaran terakhir iaitu Fasa Empat (4) yang akan memanfaatkan lebih 5.5 juta penerima dari kategori isi rumah dan warga emas.

Bagaimanakah semak status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4? Ketahui panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA MOHON STR SARA : PENERIMAAN BAYARAN 2027

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah program bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bantuan ini disalurkan dalam bentuk wang tunai kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan. Program STR dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi pihak kerajaan.

Antara tujuan utama Sumbangan Tunai Rahmah adalah :

  • Membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
  • Membantu keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan harian.
  • Menyokong kebajikan isi rumah dan warga emas yang layak.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah :

KATEGORI PENERIMAKETERANGAN SYARAT
Isi RumahKetua isi rumah yang
merupakan Warganegara
Malaysia, berpendapatan
bawah RM2,500 (B40) atau
tidak lebih RM5,000 (M40)
Warga EmasIndividu yang merupakan
Warganegara Malaysia,
berumur 60 tahun dan
ke atas, bujang / balu / duda
yang tiada anak masih
tanggungan
BujangIndividu yang merupakan
Warganegara Malaysia,
berumur 21 hingga 59 tahun,
pendapatan tidak lebih
RM2,500 sebulan dan
bukan pelajar sepenuh masa
di IPTA / IPTS

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 bagi setiap kategori adalah berbeza seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Tiada anak : RM150
    • 1 – 2 orang anak : RM300
    • 3 – 4 orang anak : RM400
    • Lebih 5 orang anak : RM500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
    • Tiada anak : –
    • 1 – 2 orang anak : RM100
    • 3 – 4 orang anak : RM150
    • Lebih 5 orang anak : RM250
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • Tiada anak : RM150
  • Bujang Umur 21 – 59 Tahun :
    • Tiada anak : –

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 tidak lama lagi mengikut tarikh seperti berikut :

CARA BAYARANTARIKH SUMBANGAN
Bayaran secara tunai terus
di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)
Belum diperincikan
Bayaran secara pengkreditan
dalam akaun bank penerima
Belum diperincikan
*Nota : Tarikh bayaran akan diubah mengikut pengumuman oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

SALURAN RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
💻 E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment