TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026 : SEMAK SEGERA
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa satu (1) hingga Fasa tiga (3) telah selesai dilaksanakan pada bulan Ogos lalu. Kini, pihak kerajaan akan melaksanakan bayaran Fasa empat (4) pula tidak lama lagi kepada semua penerima yang layak.
Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4 tahun 2026? Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON (PANDUAN LENGKAP)
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 4 TAHUN 2026
Penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah mereka yang telah kemukakan permohonan dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- 🤵👰 Kategori Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B4) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
- 🧑🦳 Kategori Warga Emas :
- Warganegara Malaysia;
- 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Pendapatan individu bawah RM2,500 dan tidak lebih RM5,000.
- 🧑🦱 Kategori Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- 21 hingga 59 tahun;
- Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026
Berikut merupakan jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi setiap kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah B40 : 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1200 3-4 anak : RM1700 >5 anak : RM2200 | RM200 RM300 RM400 RM500 | RM200 RM300 RM400 RM600 | RM150 RM300 RM400 RM600 | RM150 RM300 RM400 RM600 |
| Isi Rumah M40 : 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM100 RM100 RM200 RM300 | RM100 RM100 RM150 RM300 | RM0 RM150 RM200 RM250 | RM0 RM100 RM150 RM200 |
| Warga Emas : RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
| Bujang : Tiada (Diganti SARA) | – | – | – | – |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2026 akan dibayar kepada penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut tarikh seperti berikut :
| PERINGKAT BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Bayaran Fasa 4 | November 2026 (Tarikh akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026
Supaya penerima mudah untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak kerajaan menyediakan dua (2) kaedah pembayaran yang mudah seperti berikut :
| KEADAAN PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN STR |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank atas nama sendiri dan melengkapkan maklumat akaun dalam pendaftaran permohonan STR | Pembayaran secara pengkreditan berperingkat ke dalam akaun bank penerima melalui sistem ‘IBG Pindahan Kredit’ |
| Penerima tiada akaun bank atas nam sendiri atau status ‘Gagal Kredit’ atau tidak melengkapkan maklumat akaun semasa pendaftaran permohonan STR | Pembayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan penerima perlu membawa kad pengenalan asal |
SEMAKAN PERMOHONAN STR FASA 4 TAHUN 2026
Bagi pemohon yang ingin mengetahui status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, boleh buat semakan terus di laman web rasmi yang tertera di bawah :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
*Penafian : Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada portal rasmi STR. Tujuan penulisan artikel ini adalah untuk memudahkan carian berkaitan Tarikh Pembayaran STR Fasa 4 Tahun 2026. Namun, pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang telah dikongsikan ini.