CARA PERMOHONAN BANTUAN STR – FASA 3 2026

CARA PERMOHONAN BANTUAN STR – FASA 3 2026

Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sentiasa dibuka supaya rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon dan mendapatkan bayaran tunai untuk Fasa ke-3 dan ke-4 yang akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun 2026.

Bagaimanakah cara permohonan Bantuan STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA TUNTUT MYSALAM – PANDUAN LENGKAP

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN STR

Beriku merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan STR :

SYARATKELAYAKAN
ISI RUMAH
KELAYAKAN
BUJANG
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had
Umur
18 tahun
dan ke atas
21 – 59 tahun

atau

60 tahun ke atas
(Warga Emas)
Status
Perkahwinan
Berkahwin
(ada / tiada anak)

atau

Balu / Bercerai
(ada anak masih
tanggungan)
Belum berkahwin

atau

Balu / Bercerai
(tiada anak /
tiada yang masih
tanggungan)
Kadar
Pendapatan
B40 : RM2,500
dan ke bawah

atau

M40 : RM2,501
hingga RM5,000
Bawah RM2,500

atau

Tidak lebih
RM5,000
(Warga Emas)

CARA PERMOHONAN BANTUAN STR

Ikuti panduan lengkap cara permohonan Bantuan STR di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
    • Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  8. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  9. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  10. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  11. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  13. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  14. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  15. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  16. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  17. Selesai.

SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN STR

Jika permohonan telah dikemukakan, status kelayakan boleh disemak seperti berikut :

  1. Pada Portal Rasmi STR, klik butang [Log Masuk].
  2. Masukkan Nombor MyKad pemohon.
  3. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  4. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  5. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  6. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  7. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  8. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 3 akan dipaparkan.
  11. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Untuk bayaran Bantuan STR Fasa Ke-3, penerima akan menerima bayaran sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40RM150 hingga RM650
(bergantung jumlah anak)
Isi Rumah M40RM100 hingga RM350
(bergantung jumlah anak)
Bujang
(Warga Emas)
RM150
Bujang

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Penerima-penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan STR Fasa Ke-3 pada tarikh seperti berikut :

CARA TERIMATARIKH BAYARAN
Pengkreditan dalam
akaun bank
Ogos 2026
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Ogos 2026
*Tarikh bayaran di atas akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment