BANTUAN IBU BERSALIN TERBARU 2026 – PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN
Para ibu yang baru melahirkan anak dan terdiri daripada golongan B40 layak untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dalam bentuk tunai yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk digunakan bagi menyokong keperluan nutrisi serta penjagaan diri buat ibu sepanjang tempoh berpantang.
Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan ibu bersalin terbaru 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA SEMAK BANTUAN SABAH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN
Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Ibu Mengandung;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘K’ (Sarawak); atau
- Isteri kepada warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
- Melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luar Sarawak;
- Melahirkan bayi pada usia kandungan 22 minggu dan ke atas.
Info TAMBAHAN :
- Permohonan HANYA BOLEH dibuat selepas bersalin (melahirkan) atau dalam tempoh masa 3 bulan selepas bersalin; atau
- Selepas bersalin pada usia kandungan 22 minggu ke atas (bagi kes kelahiran mati atau keguguran sahaja)
SYARAT PERMOHONAN
Sebelum membuat permohonan, individu yang layak hendaklah mempunyai :
- Akaun SarawakPass (dahulunya dikenalisebagai SarawakID) yang aktif dan telah disahkan; dan
- Akaun SPayGlobal yang aktif.
AMAUN BANTUAN IBU BERSALIN TERBARU
Kadar bantuan yang diberikan kepada ibu yang baru melahirkan anak adalah seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | RM450.00 |
CARA PEMBERIAN DUIT BANTUAN IBU BERSALIN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) akan dikreditkan kepada para ibu yang layak seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | Bermula tahun 2026, duit bantuan akan dikreditkan melalui akaun SPayGlobal penerima yang aktif |
PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak boleh di mohon secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Apply Now].
- Kemudian Pilih Post-Natal Assistance (Bantuan Ibu Bersalin), dan Klik [Apply Now].
- Login dengan menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah berjaya Login, tekan pada butang [Post-Natal Assistance] atau [Bantuan Ibu Bersalin] dan Isikan Maklumat Permohonan dengan lengkap dan tepat di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Save] untuk hantar permohonan anda.
- Klik [View Application] untuk semakan permohonan yang telah dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN IBU BERSALIN
Untuk memohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB), para ibu perlu menyediakan dokumen sokongan seperti :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
- Salinan Kad Pengenalan Suami/Penjaga (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
- Salinan Sijil Perkahwinan sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
- Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan); dan
- Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN
Setelah membuat permohonan, status kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
- Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Klik [Timeline] untuk menyemak status permohonan anda.
- Maklumat Status Kelayakan dan Pembayaran akan dipaparkan.
- Atau pemohon boleh WhatsApp (mesej sahaja) di talian : +6014-6881398
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Pejabat : 082-374700
- Talian Khidmat (WhatsApp) : 014-6881398
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/383