CARA SEMAKAN BAKI SARA DALAM MYKAD

CARA SEMAKAN BAKI SARA DALAM MYKAD

Baki lebihan elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk perbelanjaan barangan keperluan asas perlu dibelanjakan oleh penerima sebelum tamat tempoh untuk menikmati bantuan sepenuhnya.

Bagaimanakah cara semakan baki sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN ASAS SARA 2026 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

CARA SEMAKAN BAKI SARA

Baki bulanan elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak melalui beberapa kaedah seperti berikut :

  • Semakan di Kaunter pasar raya;
  • Semakan di resit pembelian barangan SARA;
  • Semakan secara online di Portal SARA.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BAKI SARA SECARA ONLINE

Baki bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir 31/12/2026
Baki (RM)100.00 (mengikut kepada kegunaan penerima)

AMAUN BULANAN ELAUN SARA

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

TARIKH LUPUT BAKI SARA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :

TEMPOH BANTUANTARIKH AKHIR/LUPUT
12 Bulan31 Disember 2026

TARIKH MASUK DUIT SARA DALAM MYKAD

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

TARIKH BAYARANKATEGORI PENERIMA
9 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan
16 Januari 2026Bujang
1 Februari 2026Semua
1 Mac 2026Semua
1 April 2026Semua
1 Mei 2026Semua
1 Jun 2026Semua
1 Julai 2026Semua
1 Ogos 2026Semua
1 September 2026Semua
1 Oktober 2026Semua
1 November 2026Semua
1 Disember 2026Semua

CARA GUNA BAKI SARA DALAM MYKAD

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment