AMAUN BULANAN BAYARAN SARA DALAM MYKAD 2026

AMAUN BULANAN BAYARAN SARA DALAM MYKAD 2026

Amaun bulanan bayaran SARA yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak adalah berbeza mengikut kelayakan dan kategori masing-masing dengan amaun sewajarnya.

Artikel ini menyediakan maklumat terperinci berhubung amaun bulanan bayaran SARA dalam MyKad bagi tahun 2026, jadual kredit bulanan, senarai barangan yang boleh dibeli, serta langkah semakan status secara online.

Berapakah amaun bulanan bayaran sara? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAKI MY SARA 2026 : SEMAKAN JUMLAH BAKI DALAM MYKAD

AMAUN BULANAN BAYARAN SARA

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
BujangRM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)

JADUAL BAYARAN ELAUN BULANAN SARA

Elaun bulanan SARA akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

TARIKH KREDITKATEGORI PENERIMA
9 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan
16 Januari 2026Bujang
1 Februari 2026Semua
1 Mac 2026Semua
1 April 2026Semua
1 Mei 2026Semua
1 Jun 2026Semua
1 Julai 2026Semua
1 Ogos 2026Semua
1 September 2026Semua
1 Oktober 2026Semua
1 November 2026Semua
1 Disember 2026Semua
Tarikh Luput Kredit31 Disember 2026

Sekiranya anda tidak membelanjakan keseluruhan amaun bulanan bayaran SARA pada bulan semasa, baki kredit tersebut akan dibawa secara automatik ke bulan berikutnya. Namun, semua baki kredit wajib dihabiskan sebelum 31 Disember 2026.

CARA PENGKREDITAN ELAUN BULANAN SARA

Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak secara tanpa tunai seperti berikut :

KAEDAH BAYARANCARA GUNA
MyKad (Kad Pengenalan)Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad tidak dikeluarkan sebagai wang tunai tetapi boleh digunakan untuk perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad.

SEMAK KELAYAKAN BAYARAN SARA

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. Klik pada (Status Kelayakan SARA).
  8. Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik pada (Status Kelayakan SARA).
  11. Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  12. Selesai.

SEMAK AMAUN BAKI BAYARAN SARA

Baki bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Kemudian tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Baki Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (mengikut kelayakan penerima)

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Anda boleh membelanjakan elaun bulanan SARA 2026 dalam MyKad hanya untuk barangan asas berlabel MyKasih, antaranya :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Barangan Perasa / Bahan Masakan;
  • Minuman Minuman Sehari-hari;
  • Makanan Sejuk Beku;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Bahan Kebersihan Rumah;
  • Ubat-ubatan Berdaftar;
  • Barangan persekolahan;

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA, Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026, serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).

Leave a Comment