SEMAK BANTUAN TUNAI : KELAYAKAN PENERIMA
Untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan melalui agihan Bantuan Tunai mengikut kelayakan penerima.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Tunai? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 3 2026
APA ITU BANTUAN TUNAI?
Bantuan Tunai secara rasminya diperkenalkan ‘Sumbangan Tunai Rahmah’ atau secara ringkas STR merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.
Rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan menerima bayaran Bantuan Tunai secara ansur berfasa melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima atau pembayaran tunai di kaunter Bank Simapanan Nasional (BSN).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Bukan semua rakyat Malaysia layak menerima Bantuan Tunai, kerana ianya terhad kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah (Berpasangan / Balu / Bercerai) :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Taraf Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : Bawah RM2,500 atau M40 : RM2,501 hingga RM5,000 |
- Kelayakan Bujang (Belum berkahwin / Balu / Bercerai) :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun atau 60 tahun & ke atas (Warga Emas) |
| Taraf Perkahwinan | Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | RM2,500 & ke bawah atau Warga Emas : RM2,500 hingga RM5,000 |
JUMLAH BANTUAN TUNAI
Setiap penerima yang layak bukan sahaja terima Bantuan Tunai, malah turut akan menerima bayaran Bantuan Tambahan secara tanpa tunai sebanyak jumlah berikut :
- Penerima Isi Rumah akan terima :
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1 hingga 2 orang | RM1,200 | RM450 |
| 3 hingga 4 orang | RM1,700 | RM700 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 | RM950 |
- Penerima Bujang akan terima :
| BIL. ANAK | BUJANG 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG 60 TAHUN & KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI
Pembayaran Bantuan Tunai dilaksanakan secara berfasa dari fasa satu (1) hingga fasa empat (4) mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| FASA SATU (1) | FASA DUA (2) | FASA TIGA (3) | FASA EMPAT (4) |
|---|---|---|---|
| 20 – 28 Januari 2026 | 10 – 30 Mac 2026 | Ogos 2026 | November 2026 |
SEMAK BANTUAN TUNAI
Rakyat yang telah kemukakan permohonan Bantuan Tunai boleh semak status permohonan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran. Ikuti cara semakan lanjut di bawah :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi di sini :
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Jika log masuk berjaya, ‘Papan Pemuka’ akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Semakan Permohonan’.
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan :
- “Lulus” atau “Tidak Lulus” atau “Dalam Proses”.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.