SEMAK SARA BUJANG 2026 : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN RM50 SETIAP BULAN DALAM IC
Penerima STR kategori Bujang telah menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2026 yang dilaksanakan bermula pada Bulan Januari untuk dibelanjakan di pasar raya atau kedai berdaftar bagi mendapatkan barangan keperluan asas secara bulanan.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap semak SARA Bujang 2026, syarat-syarat kelayakan terkini, serta cara pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad anda.
Bagaimanakah semak sara bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR TAMBAHAN 2026 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2400 & RM1200 & RM600)
SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA BUJANG (EKASIH) | SARA BUJANG (BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 |
| Berusia antara 21 tahun sehingga 59 tahun | Berusia antara 21 tahun sehingga 59 tahun |
| Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa | Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
| Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih | Bukan eKasih |
Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
SEMAK SARA BUJANG ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 16/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 50.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| SARA BUJANG (EKASIH) | SARA BUJANG (BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
JADUAL PEMBAYARAN SARA BUJANG DALAM IC
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan :
| TARIKH PEMBAYARAN | SARA BUJANG (EKASIH) | SARA BUJANG (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| 16 Januari 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Februari 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Mac 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 April 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Mei 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Jun 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Julai 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Ogos 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 September 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Oktober 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 November 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Disember 2026 | RM100 | RM50 |
| TOTAL | RM1,200 | RM600 |
Baki kredit yang tidak dihabiskan pada bulan berkenaan tidak akan luput serta-merta, sebaliknya dibawa ke bulan seterusnya sehingga tarikh akhir 31 Disember 2026.
CARA BELI BARANG ASAS GUNA IC
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan Portal Rasmi SARA bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).