STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 3 2026
Rakyat Malaysia yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengetahui status permohonan layak atau tidak terima bayaran Fasa ke-3 dengan melakukan semakan dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah cara semak status permohonan STR? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KADAR BAYARAN SARA FASA JUN 2026
PLATFORM BAYARAN STR
Dua (2) platform bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) disediakan mengikut keadaan penerima seperti berikut :
| KEADAAN PENERIMA | PLATFORM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR | Terima bayaran secara pengkreditan tunai dalam akaun bank penerima menerusi sistem ‘IBG Kredit’ |
| Penerima tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR | Terima bayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
JADUAL BAYARAN STR
Pembayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 – 28 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 – 30 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | November 2026 |
JUMLAH BAYARAN STR
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) secara keseluruhan untuk tahun 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 |
| Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | – (Diganti dengan SARA) |
SYARAT PERMOHONAN STR
Penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Kelayakan Penerima Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : RM2,500 ke bawah atau M40 : RM2,501 – RM5,000 |
- Kelayakan Penerima Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun atau 60 tahun & ke atas (Warga Emas) |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau Bawah RM5,000 |
STATUS PERMOHONAN STR
Bagi yang ingin mengetahui status permohonan sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR di sini :
- Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Log Masuk’.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Bahagian utama STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.