STR FASA 3 2026 : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN

STR FASA 3 2026 : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN

Permohonan baharu dan rayuan untuk Fasa 3 bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan ditutup tidak lama lagi. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonana dengan segera untuk menikmati bantuan STR 2026.

Bagaimanakah cara semak kelayakan dan permohonan str fasa 3 2026? Ikuti Info lanjut di sini.

Baca juga: SARA BULANAN DALAM MYKAD – JADUAL BAYARAN 2026

TARIKH PENTING STR FASA 3 2026

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :

PERMOHONANTARIKH AKHIR
Permohonan Baharu15 Jun 2026, Isnin
Permohonan Rayuan15 Jun 2026, Isnin

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3 2026

Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi Rumah
Berkahwin
(Ada atau Tiada Anak); atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Tiada had umur;

Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21-59 tahun;

Berumur 19 – 59 tahun
(Orang Kurang Upaya/OKU);

Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

KADAR KELAYAKAN STR 2026

Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SETAHUN
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
  • Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SETAHUN
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600
  • Kategori Bujang :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SETAHUN
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bayaran digantikan Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember)

TARIKH MASUK BAYARAN STR FASA 3 2026

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 2026 adalah seperti berikut :

FASA STRTARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
FASA 3
Belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

SEMAK KELAYAKAN STR 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
  11. Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3 2026

Panduan lengkap cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

CARA PENYALURAN DUIT STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Maklumat akaun bank; atau
Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’
Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment