SEMAK BAKI MYKASIH TERKINI DALAM MYKAD SECARA ONLINE

SEMAK BAKI MYKASIH TERKINI DALAM MYKAD SECARA ONLINE

Setiap penerima bantuan bulanan MyKasih, dinasihatkan untuk menggunakan lebihan baki bantuan dengan segera sebelum tarikh tamat program untuk menikmati manfaat bantuan sepenuhnya.

Bagaimanakah semak baki mykasih terkini dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2026 : CHECK KELAYAKAN BANTUAN SARA

AMAUN BULANAN MYKASIH

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAK TARIKH LUPUT BAKI MYKASIH DALAM MYKAD

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 sah digunakan sehingga tarikh berikut :

TEMPOH SAHTARIKH LUPUT/AKHIR
12 Bulan – Bermula 9 Januari 202631 Disember 2026

TARIKH MASUK DUIT BULANAN MYKASIH DALAM MYKAD

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :

JADUAL BAYARANTARIKH BAYARAN
Januari9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang
Februari1 Februari 2026 – Semua
Mac1 Mac 2026 – Semua
April1 April 2026 – Semua
Mei1 Mei 2026 – Semua
Jun1 Jun 2026 – Semua
Julai1 Julai 2026 – Semua
Ogos1 Ogos 2026 – Semua
September1 September 2026 – Semua
Oktober1 Oktober 2026 – Semua
November1 November 2026 – Semua
Disember1 Disember 2026 – Semua

SEMAK BAKI MYKASIH DALAM MYKAD

Baki bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (bergantung kepada penggunaan penerima)

SEMAK CARA GUNA BAKI MYKASIH TERKINI

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment