BANTUAN SARA SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN TERKINI 2026
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan terus kepada penerima yang layak pada setiap awal bulan melalui MyKad, untuk digunakan bagi berbelanja barangan keperluan asas termasuk barang dapur.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan sara online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKASIH SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BULANAN
KADAR KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
SEMAKAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang |
| Februari | 1 Februari 2026 – Semua |
| Mac | 1 Mac 2026 – Semua |
| April | 1 April 2026 – Semua |
| Mei | 1 Mei 2026 – Semua |
| Jun | 1 Jun 2026 – Semua |
| Julai | 1 Julai 2026 – Semua |
| Ogos | 1 Ogos 2026 – Semua |
| September | 1 September 2026 – Semua |
| Oktober | 1 Oktober 2026 – Semua |
| November | 1 November 2026 – Semua |
| Disember | 1 Disember 2026 – Semua |
CARA SEMAKAN ONLINE BANTUAN SARA
Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (bergantung kepada penggunaan penerima) |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026