SEMAKAN SARA BULANAN ONLINE : BAYARAN MYKASIH 2026

SEMAKAN SARA BULANAN ONLINE : BAYARAN MYKASIH 2026

Bilangan penerima bantuan kewangan secara bulanan selama 12 bulan, di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat untuk tahun 2026, iaitu seramai 8.1 juta rakyat termasuk kategori isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan bujang bukan eKasih.

Bagaimanakah semakan sara bulanan online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SARA ONLINE 2026 : STATUS BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

JADUAL MASUK BAYARAN SARA BULANAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :

KAEDAH BAYARANTARIKH BAYARAN
MyKad (Kad Pengenalan)9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang
1 Februari 2026 – Semua
1 Mac 2026 – Semua
1 April 2026 – Semua
1 Mei 2026 – Semua
1 Jun 2026 – Semua
1 Julai 2026 – Semua
1 Ogos 2026 – Semua
1 September 2026 – Semua
1 Oktober 2026 – Semua
1 November 2026 – Semua
1 Disember 2026 – Semua

SYARAT KELAYAKAN SARA BULANAN

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN SARA BULANAN

Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

PORTAL SEMAKAN SARA BULANAN ONLINE

Portal rasmi untuk tujuan semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :

NAMA PORTALPAUTAN
Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://sara.gov.my/

CARA SEMAKAN SARA SARA BULANAN ONLINE

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment